TIPS MUDAH KIRA HAD KELAYAKAN LPPSA BAGI PENJAWAT AWAM

Kiraan mudah untuk difahami dan paling penting boleh kira sendiri dirumah. Perasaan takut, letih dan putus asa, bila tanya je kat perunding hartanah maaf encik xlayak untuk rumah ni. Tapi pernah tahu x mungkin xlayak bagi rumah 200k keatas tapi layak rumah yang 200k kebawah. Pernah terfikir x hal ni.
.
Jangan la putus asa dah bila tanya satu terus cakap memamg dah xlayak semua. INGAT! ada jalan setiap masalah. Jadi hari ni saya nak kongsi sedikit ilmu kira had kelayakan LPPSA bagi penjawat awam yang berhajat ingin memiliki rumah idaman anda. Harap pencerahan ni boleh beri manfaat ye.
.
.
Dalam gambar kat atas ni saya bagi formula mudah untuk kira kelayakan. Okay saya terangkan, Gaji pokok + elaun tetap tu anda boleh lihat dalam slip gaji nanti. Manakala, potongan wajib adalah potongan perkeso, cuka/P.C.B atau potongan arahan dari mahkamah sahaja dikira potongan wajib. Dan untuk lain-lain potongan pulak hanya untuk ANGKASA (bukan pinjaman).
.
Sekarang dah dapat nila ABB bagi nombor 1 & 2, kita bahagi dengan skala umur. Skala umur bagi bawah 43 tahun adalah 5 dan bagi antara 44 tahun hingga 46 tahun 5.5 dan dari 47 tahun hingga 50 tahun adalah 6.1. Jadi anda bahagi dengan skala umur anda. Contoh jika anda berumur 35 tahun bahagi dengan 5. Setelah bahagi, kita bandingkan antara A & B mana-mana yang terendah nilai adalah had kelayakan loan rumah kita.
.
Mudah bukan kiraan ni. So xde alasan dah ye untuk kira sendiri dan boleh rancang sendiri umur berapa nak beli rumah untuk tinggal dan sebagai aset. Harap dapat membantu anda dalam memiliki rumah, sedikit ilmu yang saya ada ni.
.
Jika ada apa-apa soalan yang nak ditanya boleh tanya diruangan komen atau di facebook page saya https://www.facebook.com/perundinghartanahzerodeposit/.
.
Dan jika rasa pengkongsian saya ni memberi manfaat sila la share pada rakan-rakan anda yang juga sedang hadapi kekeliruan yang sama.

Comments

Popular posts from this blog